“buat kerja sendiri, cikgu ada hal”






Walaupun status saya bukan seorang bapa (esok lusa pun bakal jadi bapa), saya masih berpendapat anak saya berhak mendapatkan seorang guru yang kompeten dan berkebolehan. Ini kerana saya masih percaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. Sistem yang ada sekarang ini wajar membentuk guru yang bersemangat waja dan fleksibel serta multifunctional. Tetapi kalau isu inilah yang dibincangkan, saya tidak akan membenarkan anak saya diajar oleh guru seperti ini. Berbaloikah mereka dibayar gaji beribu-ribu hanya kerana bekerja setengah hari sahaja. Tambahan pula, belum tentu kerja yang setengah hari itu diisi dengan proses pengajaran yang berkualiti. (bukan semua guru tidak bagus, ramai juga yang cemerlang dan gemilang)
Saya faham kerja sebagai seorang guru kini semakin bertambah dari semasa ke semasa (kerja-kerja perkeranian, aik… kerani tak buat kerja, ke kerani dah tak menang tangan buat kerja?). Saya juga percaya ramai guru-guru (lulusan maktab, kursus KPLI yang kursusnya 1 tahun saja di maktab, dah boleh jadi cikgu) sekarang memegang jawatan DG41. Seorang lepasan universiti (rasa gah sikit kan… kerja gah ke), layaklah bijak untuk membahagikan kerja-kerja tersebut. Lepasan universiti sepatutnya juga seorang yang multitask dan mempunyai accountability yang legap. Tidak berubah-ubah dalam kerjanya dan tidak suka melengah-lengahkan kerja. Kerja yang banyak itu boleh diatur penyelesaiannya, dibikin satu persatu dari yang mustahak ke kerja yang boleh dikemudiankan.
Kalaulah anak-anak itu diberi kerja rumah atau kerja dalam kelas begitu sahaja tanpa pengawasan dan bimbingan, naluri saya percaya banyak daripada kerja-kerja itu salah. Kalau guru ini berhati perut dia akan semak dan buat pembetulan. Kalau perut dia dah terburai macam orang mati accident (ada yang mati putus kepala digilis lori simen – semalam keluar berita di TV) tak ke jadahnya kerja-kerja itu dijadikan bungkusan belacan. Saya pernah diberitahu oleh rakan ayah saya… buku latihan Bahasa Melayu anak dia, perkataan  kepala (ada sertakan gambar kepala Sin Chan) dieja dengan perkataan kelapa tapi ditanda betul. Aduh-aduh tak ke kelapa parut cikgu ini. Runsing saya dibuatnya, apakah kualiti guru-guru masa kini? Harapkan pada kuantiti tapi kualiti tak  ada tak guna juga.
Saya mendoakan pada suatu hari nanti, anak saya mendapakan seorang guru yang ada kualiti. Kalau boleh, saya nak temuduga dulu guru tu… nak tengok dia ni boleh ke hampeh ajar anak saya.

0 comments: