Kenali Sifat Bahasa

Antaranya ialah;

  1. Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain.
  2. Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem
  3. Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat
  4. Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar
  5. Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur
  6. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear


Para pembaca yang dihormati, kalau kita lihat sifat bahasa yang pertama itu kan… kita perlu bersyukur kerana kita dilahir sebegitu rupa, cukup sifat. Kalau dibandingkan kita yang cukup sempurna ini dengan mereka yang kurang upaya (OKU), ramai antara kita yang tak bersyukur langsung. Mulut kita guna untuk mengumpat, mengutuk dan menghina. Bunyi-bunyi bahasa yang keluar dari mulut kita semuanya busuk-busuk macam bau longkang… itu pun kita tak sedar lagi. Contohnya, p**** kau, K**** pendek kau, pergi mam***, pa**** dan macam-macam lagi. Kadang-kadang segala macam bunyi bahasa ini ditutur secara santai saja. Sudah tidak ada sensitivitinya pada kita. Kita dengar pun macam biasa saja.


Sifat bahasa yang keempat ni, memang penting dalam pertuturan seharian. Kita sebagai pendengar berhak mentafsir makna ucapan penutur. Kadang-kadang kan… ada masa kita tersilap mentafsir makna sebenar si penutur tadi. Oleh yang demikianlah, banyak sangat salah faham berlaku sehingga timbulnya persengketaan dan benci membenci antara satu sama lain. Baik, sebagai penutur kekadang kita perlu memahami fungsi dan kesediaan penerima (kekadang mood pun kena tengok). Sebagai penutur kita perlu mengkaji sistem si penerima. Saluran atau channel apa yang perlu dipakai. Dan apakah medium yang paling sesuai. Jangan dok harung jer bila nak berkomunikasi. Kita manusia yang bijak dan berakal… maka berlagaklah kita seperti orang yang bertamadun. Jangan berkomunikasi seperti monyet diatas pokok yang terpekik-pekik, terjerit-jerit dan terhenyut-henyut. “Akai ada”….


Sifat bahasa yang lain tu, saya cuba ulaskan pada post yang akan datang. Saya tak janji, tapi kalau ada masa dan tenaga saya post kan.


Kita fikir-fikirkanlah semua ini. Mesti ada timbang tara dalam semua tindakan kita.

1 comments:

Anonymous said...

saya orang yang berbudi bahasa. tak macam kawan saya, dia berlagak macam ada pangkat tinggi.